Kepada para peminat Drama Korea yang ingin subtitle/sarikata Melayu,
Dapatkan disini :) Subtitle Sahaja! Kalau nak download drama pergi sini.
Nak Password? Inbox/Message di facebook MyKDSubs :)


Reminder:
Subtitles Melayu ni guna video versi "HANrel"...
Tapi tak semua ya..
Kalau nak download video, ambil versi HANrel dulu..
kalau takde versi Hanrel atau timing subtitles lain, ambil versi lain..
TQ!

Subscribe in a reader

Top Follower

Cara Nak Guna/Pasang Subtitle dalam K-Drama

Ada dua jenis subtitle.
Hard-subbed : Subtitle tu dah memang ada dalam video yang kau download tu.
Soft-subbed : Subtitle yang tak ada dalam video yang kau download tu dan kau perlu cari dan pasang subtitle tu sendiri.
Dan tutorial kali ni, aku nak ajar cara pasang soft-subbed. Ramai yang tanya macam mana nak pasang subtitle. Macam mana nak cari subtitle.

First kena cari subtitle dia dulu. Contohnya kalau kau nak subtitle cerita Korea atau Jepun, try website ni MyKDSubs. And kalau macam TV Show English or movie English, try cari dalam Subscene (faveret aku) or Podnapisi site. Aku download subtitle How I Met Your Mother kat TVsubs.net :)

Ataupun just Google the subtitle. You will get a lot of result from that :)

Ada dua cara untuk pasang subtitle. Either in manual way or using a software.

Cara manual.
Contohnya aku dah download subtitle untuk kdrama Protect The Boss. Aku suka letak satu episode tu dalam satu folder yang sama dengan subtitle supaya senang aku nak pasang subtitle dia.

lepas tu aku cuma jadikan subtitle dan cerita Protect The Boss aku tu dalam nama yang sama macam gambar kat bawah ni. Nama file video tu dengan subtitle tu MESTI SAMA NAMA. Suka hati kau lah nak samakan nama file subtitle tu dengan video atau video tu samakan nama dengan subtitle tu. Dan ingat jangan memadai tukar extension dia macam .srt .mp4 .mkv semua tu ok? Cuma tukar nama file je jadikan dorang sama nama :)


Pakai software.
Aku ada 6 season untuk cerita How I Met Your Mother. Setiap season ada 22-24 episode. Dan aku tak larat nak buat satu satu new folder untuk episodes dia dengan right click.

Jadi aku guna Bulk Folders Creator (optional btw. kalau sanggup right click satu satu buat folder baru tak yah software ni pun tak pe). Dua tiga klik je dah berjaya buat 24 folder untuk 24 episodes. Download software tu kat Cnet [link]. Kalau nak crack punya kena pandai pandai lah cari kat Warez-bb.org. Dan lagi satu software kau perlukan ialah Subtitle Renamer. Boleh download kat sini [link] atau refer webpage ni [link]. Software ni free. Tapi pastikan PC/laptop kau ada Java 1.5.0 ye :) tapi most PC/laptop dah ada Java install.

Ini Bulk Folders Creator.

1. Tekan dulu untuk create folder by number.
2. Letak nama folder kau tu. Kalau ada 24 episodes, buat 24 folders. Jadi kena guna Specify The End Number. Yang lain-lain tak payah lah kacau. Aku pun tak tahu apa fungsinya. HAHA.
3. Cari kat mana kau nak letak folder folder kau tu.
4. Then tekan button Preview.
5. Kalau puas hati dengan preview dia, tekan RUN. Kan dah jadi 24 folders tu.

Ini Subtitle Renamer.
 1. Cari nama video file yang kau nak letak subtitle tu.
2. Nanti dia detect sendiri subtitle kau tu kalau subtitle tu dalam folder yang sama dengan video kau tu.

Jadi sangat penting kalau letak video and subtitle untuk satu episode dalam folder yang sama. Sebab tu aku create banyak episodes folder pakai Bulk Folders Creator. Kang tak pasal-pasal silap rename plak.

Pastikan video kau tu satu baris dengan subtitle kau tu. Kalau video tu episode 17 kena lah satu baris dengan subtitle episode 17. Kalau tak nanti, silap rename.

3. Kalau dah pasti semua ok. Tekan Rename.
 
                                                  *ini video yang aku pasang subtitle tadi*

Lepas tu cuba try play video kau tu. Subtitle dia ok ke tak. Check timing dia semua tak lari. Kalau timing lari kena lah fix timing dia pakai Subtitle Workshop atau fix pakai VLC player. Yang tu nanti ada masa aku buat tutorial :D. Biasanya kalau timing subtitle aku tak sama dengan timing dalam cerita aku tu, aku cari subtitle yang baru. Malas nak fix timing dia. Ambik masa lama nak fix timing dia T_T. Heharap semua faham lah tutorial kali ni :)
 
credit: rojakstory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...